Alatan muzik

Jom Kenali Alat Muzik Tradisional

GENDANG

Gendang terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang penganak.Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendng boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan muzik wayang kulit,Gendang keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain.



GONG

Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan besi. Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia diaminkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan.


ANGKLUNG

Batang-batang buluh yang tidak sama ukuran, setiap satu mempunyai pic tertentu. Batang-batang buluh ini terbuka pada satu hujung dan tertutup dengan bukunya pada satu hujong lain. 2 - 3 batang dipasang pada satu bingkai khas yang membolehkannya bergerak bila bingkai ini digoncang. Digunakan untuk muzik berkumpulan untuk mengiringi tarian seperti kuda kepang di Johor. Bingkai dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan digoncang untuk mengeluarkan bunyi.






KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular dalam masyarakat Melayu.Ia tergolong dalam alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya dibuat daripada kulit kambing.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak.



'